CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 28 Oktober 2010

dah hampir lengkap kehidupanku

hippp hipp yippie, sangat seronok aku ari nie.. aishhh ari ni jew ker? ari lain mcm x hepi jew.. heeee. sama jugak tp ari nie lebih ckit. ari jumaat kan, sok lusa dah cuti.. kowang pon mesti suka gumbira gak kan?dpt rest kepala nie ckit, dpt lepak kat umah..emmm tp sok lusa my hubby ada duty RELA untill nite.. x per, nxt week nak g bercuti dah..apapun kengkawan, juz nak mengabarkan news kt kowang..kereta aku dah kuar hampir 4 ari. yg aku dok berblog kt kowang pasal kereta proton saga??? ingat kan. alhamdulillah rasa hampir lengkap kehidupan aku.. kereta dah ada, motor dah ada, kuarters dah dpt. cuma masih menanti anak sulung kami berdua. sudah tiba masanya aku nak menumpukan plan utk merancang tambah keluarga. mana tau rezeki aku dok putrajaya nie menjadi zuriat aku? lagi aku sgt2 bersyukur kpd Allah atas kurniaan nya.. so, apalagi yg aku mahukan? hanya itulah sahaja hajat dan permintaan aku. semoga dikabulkan. amin.


-sempat melayan blog, sblm membuta tghari di opis.. jumaat time,27 okt 2010

Isnin, 25 Oktober 2010

tabahkan hati, jangan bersedih

dlm ruangan aku kali nie, agak berbeza dari ntry ku yang lain.. saja nak meluahkan rasa ati aku di dlm blog. x salah kan kengawan? kerna pada aku inilah kenyataan dan hakikat yg perlu aku lalui. mesti kowang tertanya kenapalah tajuk entry aku mcm nie? agak syahdu nak dengar tapi lagi sayu pada aku yg melalui. x aku nafikan, aku kini dlm keadaan yg sedih+berharap dan terus berdoa agar allah mendengar hajat aku.. rasa nyer penat aku nak menjawab soalan demi soalan kalau tak soalan berbunyi "BILA LAGI NAK TIMANG ANAK", ''DAH ADA ISI KER BELUM", ''DAH SETAHUN KAWIN X ADA APA2 LAGI KER" dan mcm2 lagi lah.. sampi 1 tahap aku dah malas nak melayan soalan tue. terus terang aku katakan, agak hiba hati aku bila soalan mcm tue diulang2 sampai naik sengal telinga aku dgr. belum ada rezeki allah nak bagi, x kan aku nak paksa. dan x semestinya kalu seseorang tue bleh mengandung cepat x akan ada ujian buatnya??? tp aku mesti blaja tabah dan sabar bahawa allah tue sayangkan aku. hajat aku mmg nak anak, teringin nak mengandung nak melahirkan, dakap anak aku dan kucup dahi anak aku, mandikan dia dan dodoikan dia tp aku yakin akan ada rezeki tue... semasa aku tulis entry nie mg aku dlm keadaan sebak dan hanya allah sahaja maha mengetahui di dlm jiwa aku. hanya doa ku kpd allah agar kurniakan zuriat kerana aku mmg teringin benar utk menimang anak aku.

buat suamiku, bersababarlah sayang. kiter berdoa dan berusaha. selebihnya allah yg tentukan. terima kasih abang krn memahami ayang. susah senang kiter tempuh bersama. buat bondaku terima kasih mak mendoakan ina. insyallah akan tiba kehadiran cucu mak satu hari nanti. dan x lupa juga terima kasih buat bonda mertua ku yg paham keadaan aku. kawan2 ku, doakan lah kami dikurniakan anak yer.






wajah anak nie ttp ku mimpikan setiap waktu



semoga aku dikurniakan zuriat yang soleh/solehah.


===NAMA ANAK AKU TELAH AKU SEDIAKAN TAPI HANYA MENUNGGU ISYARAT/REZEKI DARI ALLAH SWT====

Ahad, 24 Oktober 2010

semoga sembuh, amin ya allah

semalam, ari ahad aku ngan my mum
g melawat mak ngah aku yang sakit di HKL
ptg tue kami kuar setelah aku selesai solat asar.
emmm, setibanya aku di wad
aku tgk ramai owg kt katil mak ngah aku
aku ngan my mum pon dpt jumpa dia kejap
maklumlah waktu melawat nak abis dah..
mmg ramai sgt owg ptg smlm, ditambah lak ujan
nasib x basah baju aku, kebetulan jeans yg aku pakai baru beli lak tue
eeeee, cayang nyer lau basah
apapun, aku dapat gak redah ujan
dapat jumpa makngah aku
mmg sedih lah nengok keadaannya, coz mak ngah aku terkena
SERANGAN JANTUNG dan PARU-PARU
aku mmg sayangkan makcik aku sama mcm mak aku sendiri
coz masa aku kecik, time aku tadika dia yg jaga
aku arap semoga mak ngah aku sembuh seperti sediakala
dan wat para teman2 dan sahabat2 blog aku
doakan dia jugak yer..
dan wat famili ku semua, sama2 kiter doakan mak ngah..
agar ceria dan riuh seperti biasa..
****SEMPAT MELAYAN PIZZA HUT MLM SMLM NGAN MAK AKU N ANAK SEDARA AKU, YUMMIEYYYY***

Jumaat, 15 Oktober 2010

BAJET 2011, TERIMA KASIH PM....

suka hati aku mendengar keputusan bajet 2011 nie.. rasa seronok dan lega coz salah satunya keputusan bajet from our PM adalah imbuhan utk kakitangan awam RM500.00 akan diberi. yang selebihnya utk pendapatan tinggi negara bagi menjana ekonomi segenap lapisan masyarakat.. now antara beberapa isi kandungan bajet 2011 yg berlangsung pada ari jumaat 15 oktober 2010 :

  • bagi penjawat awam wanita, cuti bersalin akan dilanjutkan kepada 90 hari
  • pinjaman perumahan 100 peratus bagi rumah pertama melalui jaminan kerajaan
  • sebanyak 5.30% pemansuhan duti import barangan pelancongan dan barang kegunaan harian (syampu, selimut, kelambu, kasut, barangan kemas, dompet, beg tangan)
  • RM 5000 pelepasan cukai ke atas perbelanjaan dan perubatan ibu bapa
  • imbuhan Guru KAFA akan dinaikkan drp RM 500 kpd RM 800.
  • kadar tol lebuhraya tidak akan dinaikkan selama 5 tahun
  • RM 500 bantuan khas persiapan sekolah bagi penjawat awam gred 54 ke bawah, termasuk bertaraf kontrak dan pesara kerajaan
  • elaun imam akan dinaikkan daripada RM450 ke RM750
  • pekerja PTS akan dilanjutkan tempoh khidmat setahun lagi..
  • pengawal keselamatan akan dinaikkan gaji RM 700 sebulan.

so, hopefully kiter semua rakyat malaysia akan berpuas hati dgn bajet 2011 nie. aku pon hepi dan sangat berterima kasih kepada YB PM kiter.. semoga kiter akan terus maju dlm menjalankan tugas dan amanah yg diberi k... thanks again our PM.

Selasa, 12 Oktober 2010

kecil betul dunia nie kan..

x sangka betul kan dunia nie kecik sungguh.. kadang2 kiter leh terjumpa balik owg yang dah lama kiter x jumpa.. rasa mcm x percaya dan nak tergelak pon ada gak..dah bertahun tahun x bersua muka akhirnya bertemu semula.. criter nie berlaku kat opis aku pagi tadi.. mmg skunk nie aku ngan rakan2 seperjuangan sangat sibuk menguruskan kerja2 yang membabitkan pepeiksaan PMR dan UPSR. aduhai bagai lipas kudung kami bergerak ke sana sini menyiapkan bahan2 meeting.. sedang aku dlm keadaan bz, tiba2 mata aku tertumpu pada sorang cikgu nie. cam punya cam rupa rupanya bekas cikgu sekolah rendah aku, puan jumawati namanya.. sempat gak kami berbual ngan cikgu jumawati. potongan badan saling tak tumpah macam dulu.. dia lak bole cam aku tp tgk pas nama aku ar. so, aku mmg takut sangat ngan cikgu nie dulu coz garang sangatttt.. time sekolah dulu, time tue aku darjah 6U 1995 sekolah di SRK CONVENT SENTUL 1, kalau nampak kelibat dia mesti aku menyorok.

now, aku x takut ag dah.. tp berkat tunjuk ajar dia dan cikgu2 yang lain telah membuatkan aku berjaya sehingga aku dapat bekerja di didalam sektor kerajaan. ikut kelayakan akademik lah kan..apapun aku sempat ucap terima kasih kat dia tadi.. kenangan masa sekolah x mungkin aku lupakan dan antara kawan2 yang baek ngan aku ketika itu sehingga kini ialah afzam, ain, mimi, margreat dan shahimaatika. mmg group yang cool lah. bila dah besar ramai yg dah kawen.. ttp we all still contact melalui FB. bak kata owg tua "jauh dimata dekat di hati''....


^^^^sentiasa teringat memori dulu, jauh sungguh perubahan hidup aku^^^^

Ahad, 10 Oktober 2010

kalaulah sampai hajat ku.....

dlm entry aku kali nie, aku nak criter kan sesuatu hajat hati aku..dan sebenarnya, dah lama aku pendamkan hajat ini setelah ku hitung hampir 10 tahun lamanya aku tidak bertemu dan bertanya khabar seorang insan yang aku sayang.. mulut mmg mengatakan tidak, masih lagi mampu tersenyum dan ceria pada zahirnya tetapi di hati aku???? hanya allah sahaja yang maha mengetahui detak detik ati aku setiap waktu.

seandainya lah, jika allah izinkan dalam masa terdekat nie aku ingin benar berjumpa ayah aku yang telah lama aku tidak aku temui.. telah terpisah hampir 10 tahun lamanya. terasa sangat aku nak bagi tau yang abah dah punyai seorang menantu. alhamdulillah... tetapi adakah hajat suci ni allah kabulkan??? biarlah masa dan waktu saja penentu segalanya. semoga terbuka pinu hati dia.. prinsip aku cuma 1 seburuk-buruk pon abah, dia tetap ayah ku yang sah dan tertulis di loh mahfuz dia tetap darah daging ku... biarlah antara abah dan mak aku tiada lagi pertalian tetapi ikatan aku dan abah tidak akan terputus. cuma aku ingin mengucup cium tangan ayah aku dan memohon maaf atas segala kesalahan ku dan terimalah suamiku sebagai menantunya...

mudah-mudahan sampailah hajat ku ini utk bertemu abah di mantin, negeri sembilan. kengkawan doakan kami berjaya yer. amin ya rabbal al amin....

lirik lagu cinta aku dan suami, MR Hamdi

Lagu : Cahaya Cinta

Dendangan : Dato' CT Nurhaliza

Dia telah menentukannya

kita bertemu dan bercinta

inilah oh takdirnya

bukan kerana harta

inilah citra cahaya cinta

pintu hatiku telah kau buka

tak mampu ku menafikannya

kejujuran diberi kasih x akan terhenti

ini bahagia yang ku cari

sayangi daku

peluklah daku

janji dengan ku

semai cinta yang satu

tuhan menguji

takkan berhenti

hanya ku pinta

sama setia menjaga

hingga ke alam syurga



kenangan indah kami di hari persandingan 29 november 2009



setelah setahun bergelar suami dan isteri yang sah

****** segala dugaan dalam bercinta dulu tetap terpahat di memori kami****
semoga panjang jodoh kami selamanya....
-merapu tengah malam, by iena chubby-

Sabtu, 9 Oktober 2010

filem jangan pandang belakang congkak 2, layannnnn....

uikkss, rasa seronok sangat ari nie aku g tgk wayang ngan hubby di tgv klcc.. iyer lah kan ari2 biasa kiter cbuk ngan keje n OT, so time nie lah aku nak relaks mind ngan husband yang ku cintai.. aku kuar umah pas zohor selepas selesaikan keje umah. so aku pon sampai TGV KLCC amiklah tiket kul 6.15 ptg..perghhhh mmg penuh n ramai owg g tgk filem ari nie. beratur panjang tue.. nak2 lagi criter baru kuar JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK 2 lakonan LISA SURIHANI, AZLEE SENARIO, LAN PET PET, CAT FARISH, NORA DANISH dan BOB KUMAN.

tp mmg best dan layan gak lah movie nie, penuh ngan gelak ketawa sampai pecah pewot.. sambil melayan pop corn dan air 7 UP aku dan hubby terus bergelak sakan sampai x hengat dunia. hahahaha. ditambah lak watak BOB KUMAN sebagai bomoh WAK KETARI lagi menghangatkan panggung dan gandingan lan pet pet n cat farish, juga x kuwang hebatnya. lau kowang nak tau criter sebenarnya better kowang g tgk tau. gerenti puas ati. so aku bagi 4 star lah utk filem nie. yg penting LISA SURIHANI pelakon kegemaran aku ttp the best dlm filem nie, cayalah..



Rabu, 6 Oktober 2010

x lama lagi aku berpindah

heeeee, x lama ag aku akan berpindah ke kuarters.. syukur sangat dpt dok dekat coz senang lah nak g opis. lau x sblm nie aku terpaksa berulang alik dari sentul ke putrajaya. lebih kurang 55 km perjalanan aku dan memakan masa 1 jam. kadang2 aku naik bas luar, dan kadang2 hubby aku antar. tapi sian sangat kat dia. penat antar aku jauh2 lak tue. x per sayang dapat pahala tolong wife mu ini. yang penting bagi aku skunk keselesaan. bila weekend time aku mesti blk umah aku, nak jumpa mak aku dan mak mertua aku. aku seharusnya blaja hidup berdikari kan..baru tau susah senang hidup sendiri. yg penting yakin bolehhhhhhh. so nak pindah nie pon 1 hal jugak. nasib baik aku dapat tingkat 2. x susah mak2 kiter owg nak naik tangga (sekiranya lif rosak ar). then skunk nie aku kena standby checklist barang2 yang perlu dibawa dan dibeli oleh pn iena :






  • tilam (toto)

  • bantal (bantal peluk mesti mau)

  • kipas stand

  • dapur

  • gas

  • tv dan DVD player (khas utk incik suami yg suka tgk tv)

  • selimut

  • bahan2 basah dan kering (nak masak2 time)

  • peti ais (saiz biasa)

huh, rasanya mmg agak fening nak sediakan barang2 kt atas tp nasib incik suamiku baik dan prihatin owangnyer. rajin lak membantu aku bila dlm keadaan sesak mcm nie. insyallah lau dah complete dan siap final touch up umah aku nie, aku nk invite kengkawan/sedara2 utk dtg ke umah aku dan wat kenduri doa selamat ckit. amin. sesiapa yg jln2 ke putrajaya mai lah singgah umah aku tau..jgn malu2 miaw.



KISAH PROTON SAGA SEDAN dan HONDA WAVE 125

Syukur kepada allah SWT yang satu coz akhirnya aku dan suami dimurahkan rezeki dapat membeli sebuah kereta baru PROTON SAGA dan sebuah motor HONDA WAVE. Alhamdulillah kengkawan dan berkat doa kalian jugak nie tau. insyallah lau x ada apa2 aral melintang, aku dan hubby nak ambik kereta dan motor nie ke umah. pas nie senang lah kami gerak ke mana2 dan mungkin gak ni hadiah utk anniversary kami x lama ag. heeeee, apapun aku rasa sangat gembira dan syukur x terkata lah. so kowang doakan kebahagiaan kami utk 4 ever ek.. mana tau pas nie rezeki kami utk timang baby kami. insyallah. kiter hanya merancang namun allah jua yg tentukan.. tul x? so aku dah lama x update blog ni sebenarnya coz bz sgt keje n OT sampai kul 9 mlm. nak cari duit lebih ckit. so aku mmg rindu bangat ngan kowang n insyallah lain ari kiter ketemu lagi ya. sayang kt kowang semua, daaaaaaaa. muahhhhhh to u alls. nak sambung keje lah.. heeeeee.byeee.


kereta baru kami, warna jew lain ckit...

Jumaat, 1 Oktober 2010

selamat pagi semua

aslmualaikum, hai, salam, gud morning semua.. salam weekend daripada aku utk kowang yg mengenali aku. ari nie aku bangun mmg awal seperti hari2 laen coz ari nie aku rasa sangat bersemangat dan hepi utk berweekend. so mulakan ari anda dengan penuh ceria dan lebih bermakna di cc keluarga kowang. plan aku ari nie nak g open house umah kengkawan aku.. sampai malam ar program kami.. apapun lupakan semua masalah dan teruskan perjuangan hidup kita. yang penting be positif, tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi. take care u all. sayang kowang semua, muaaahhhhh..

-------- with chubby gurl, iena------