CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 10 November 2010

apakah hadiah kita utk seorang ibu????

sebut pasal ibu, mak, mama, umi dan mummy pasti kiter akan terharu dan tersentuh serta gembira kerana masih lagi mempunyai ibu di sisi.. biarpun kita jauh dirantauan atau dimana pon berada, ibu dan mak ttp dikenang selalu. segala restu dan doa dlm hidup nie atas izin allah dan berkat doa seorang ibu.. sebab itulah di zaman Rasullullah SAW disebut olehnya "Ya UMMI, YA UMMI, YA UMMI'' setelah itu barulah ayah.. kerana ibu itulah tempat tinggal pertama kita di alam rahim nya sebelum kita dilahirkan didunia ini.. pernah kah kowang bayangkan betapa azabnya ibu nak melahirkan kita? sanggup bersengkang mata utk menjaga kiter dalam apa jua keadaan susah mahu pun senang? sakit mahu pun sihat? duka mahu pun gembira? sapa lagi kalau bukan ibu kiter kan???
Ketika aku menulis entry nie, aku sangat terharu di atas pengorbanan mak aku iaitu PUAN MAIMUNAH..insan ni lah nyawa hidup aku setelah aku terpisah ngan abah 9 tahun lepas. mak x pernah merungut nak menyekolahkan aku, menjaga aku ketika sakit, tabah mengharungi dugaan hidup bertalu2 dari allah SWT. sebaliknya aku kagum melihat mak begitu tenang menghadapi ujian allah..sentiasa tersenyum walaupun di hati kecil nya sedih dan pilu..sapa yg tau kan??? aku telah berjaya hidup di sehingga kini atas ehsan/jasa mak. tanpa mak aku x tau lah idup macam mana...apakah hadiah aku untuknya sbg anak???? hanya doa ku kirimkan "YA ALLAH PELIHARALAH BONDAKU, KURNIAKAN DIA KEGEMBIRAAN DAN JAUHKANLAH HATI DUKA NYA, SEMOGA KAU TEMUKAN DIA DENGAN SYURGAMU YA ALLAH". YA ALLAH TABAHKANLAH HATINYA SETABAH HATI SITI KHADEEJA DAN SESUCI HATI SUMAIYYAH YANG SANGGUP BERKORBAN DEMI KELUARGANYA.. dan sempena hari lahir ibu ku pada 14 november ini, semoga allah melanjutkan usia mak.. mak terima kasih sekali lagi kerana kau lah aku dapat melihat dunia nie dgn izin dari mu YA ALLAH.. utk semua yg bergelar anak di luar sana juga kengkawan ku, jagalah ibu kita sebaiknya.. jgn lukakan hatinya walau sekali kerana dosa kita x akan diampuni allah jika kita menitiskan setitis air mata ibu.. sayangilah ibu kita. mak, ina sayang mak..


kenangan ketika bertunang 2007, disamping bonda tercinta

0 comments: